As salam...
Kesayangan yang makin membesar dengan otot-otot kaki empat yang makin kuat. Ryan, si kura-kura kecil ni aku bawa balik kampung. Gembira sangat sebab semua dapat terima Ryan ni. Semua adik beradik aku pun bukan spesies nak 'geli-geli'. Jadi cepat je aku dah boleh suruh Akif (adik bongsu) supaya menukar air dan bagi Ryan makan.
Ryan makin kuat makan dan jugak kuat tidor. Jadi, waktu main iyer sangatlah aktif memanjat ke sana-sini :) Dalam post sebelum ni, ade beberapa orang kawan blogger tanya pasal kura-kura kecil ni. Baru kali ni berkesempatan nak menjawabnya.
Kak Lydia Miza : Camne nak bezakan Ryan & Rara? (camne nak bezakan kura-kura jantan & betina)
Jawapan : Orang kat kedai bagitahu yang kite boleh lihat perbezaan ni kat belakang badannya. Terbalikkan, pastu akan nampak corak kat bawah badan kura-kura tu. Corak di bawah badan yang jarang-jarang adalah jantan dan corak rapat-rapat dan padat lak betina. Lepas tu, bila emiey dah jaga ni boleh cam dengan melihar beberapa perbezaan antara Ryan & Rara. Cengkerang Ryan lebih terang dan cantik sikit berbanding Rara. Manakala cengkerang Rara lebih cembung berbanding Ryan. Jadi, dari perbezaan ni juga emiey leh cam Ryan & Rara, tak perlu nak balikkan badan kura-kura tu. Sebenarnya nak letakkan video Ryan & Rara tapi sekarang masih tak beredit video tu sebab ade beberapa part kena potong. Nanti bila dah letak, emiey bagitahu akak yer supaya tengok camne corak kat bawah badan tu :)
Apik pehe : senang ke nak jaga?
Jawapannya : tak susah pun.....................bila dah suka. hee :D
Rutinnya sama macam kita manusia jugak. Tukar air dalam bekasnye ibarat kita pergi mandi la. Badan busuk tak selesa, pergi la mandi kan. Jadi, kalau bekas air tu dah berbau tidak menyenangkan di hidung kita dan pasti bukan di hidung iyer, cepat-cepatlah rajinkan diri menukarnya. Kemudian, bagi makan bila nampak iyer macam dah lapar. Kalau dulu, Ryan tak tunjuk sangat iyer lapar dan nak makan jadi aku bagi makan ikut waktu je la iaitu pagi dan petang. Tapi sekarang, Ryan dan tunjukkan iyer lapar bila iyer dok menghidu-hidu ke lantai. Jadi, cepat-cepatlah aku bagi makan. Ada sesuatu lagi yang penting untuk jage kura-kura kecil ni iaitu tumpuan. Maksudnye, ia suka dimanja dan diberi perhatian bukan dibiarkan camtu je. Ini teori dari kawan aku yang mempunyai pengalamanan menjaga spesies kura-kura kecil ni sehingga besar.
Kat kampung ni, semua orang kat rumah sukakan Ryan termasuklah my abah yang agak cerewet gak dengan aktiviti anak-anaknya ni. Abah pernah puji cakap Ryan cantik dan abah carikan batu sungai yang sederhana besar untuk diletakkan dalam bekas Ryan. Batu tu leper dan memang cantiklah untuk Ryan main-main atas tu. Rasa happy sangat dan buatkan aku makin sayang kat Ryan.
Like tanda sayang :D








17 comments:
bes tak ek?
macam seronok tapi takleh nak belai2 cam belai kucing.hehehe.
boleh.. kura-kura kecik ni pun tahu manje-manje gak, terpulang pd cara menjaganye :)
cam best je... rase nak bela gak la...
nak kura2 satu,boleh??hehe
syng sngt kat ryan ke??hhehhe
ct aja :~ bela la, sng je nk jaga :)
woofer storm :~ yup, syg sgt! hee :D
Hyeee , Great we have same pet . Hehe . Shue pun bela kura-kura sepasang . Jantan- Neo , betina-Nemy . Memang senang nk jaga kura2 nieh . Shue uwn sminggu sekali mesti bwk dia kuar rumah mase matahari tegak . Suka sgt tgk dowg ♥
part abah cari btu tu yg sweet
part abah cari btu tu yg sweet
kita pun ada kura kura 3 ekor semuanya :D
cam seronok jek...akak teringin nak ada sepasang.tq adik atas entri ni.
akak teringin nak ada..tp akak takut kehilangan , sgt takut.tak kira kucing kura2, atau pet lain..bila dah sayang kita akan takut kehilangan mereka
dah bapa lama bela kura-kura nie?
dah hampir 2bulan :)
salam..
dye bley kne sejuk x..??
boleh sgt2..sebab tu kalau balik kg naik bas aircond mmg kuat, Ryan juz tidor jer..makin lena adala, lagipun kura-kura ada cengkerang yang tebal =)
sy bru bli kure2. bwk ngn kete dri qlate-grik. mse bli 0k je, dh dk cni jd x xtif. xmakan sgt. yg sek0r 2 cm lmbik je. bwh bdn die cam lebam2. apsal eyh?
sy bru bli kura2. bwk ngn kete dri qlate-grik. mse bli 0k je, dh dk cni jd x xtif lak. tamau mkn. yg sek0r 2 jd lmbik, bwh bdn die cam lebam2. apsal eyh?
maaf ye,kalau kita beli kura2 ni..kena ada lesen sah atau tak payah?
Post a Comment